Gemuk atau obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya darisegi ketampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, masalah sendi/athritis, sukar mendapat anak, batu karang hempedu dll. Penjagaan pemakanan dan senaman memainkan peranan penting untuk menguruskan badan.
Gamat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membakar lemak. Plantago ovata pula boleh mengurangkan kolesterol dalam darah di samping membuang lemak di dalam usus (tanpa menyebabkan cirit-birit). Phenylalanine di dalam C3 Spirulina pula boleh membantu mengurangkan selera sementara spirulina membekalkan nutriens seimbang yang diperlukan badan apabila menjalani proses diet. Di samping itu, mengimbangkan paras HGH di dalam darah juga membantu mengelakkan dari proses pengumpulan lemak secara semulajadi di bahagian tertentu badan apabila usia meningkat.
GESB menyediakan produk khusus bagi mereka yg ingin melangsingkan badan dengan cara yg sihat. Beautreme ialah sejenis pemakanan bernutrisi yang diformulasikan khusus mengandungi kandungan semulajadi iaitu ekstrak Phaseolus vulgaris, CLA (Conjugated Linoleic Acid), L-Carnitine, Garcinia cambogia, Lesitin, Protein soya, Isolate, Protein Whey Hyrolysate, Oat, vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid folik, Kuprum, Kromium, Magnesium, Kalsium, Selenium, Potassium dan Zink sebagai bahan aktif. Kombinasi bahan semulajadi ini membuatkan agar badan membakar lemak secara berkesan, mengurangkan penyimpanan lemak dan juga mengurangkan selera makan. Ia juga diperkayakan dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak dengan lebih efektif. Kandungan multivitamin dan garam galian pula melengkapkan keperluan badan bagi zat-zat yang diperlukan bagi kesihatan badan yang sempurna.
Bioseed 1 paket 3 kali sehari. Diambil 1 paket pagi setengah jam sebelum makan pagi. Amalkan buahan atau serat (seperti cornflakes atau oats) sebagai sarapan. Minum 2 gelas air kosong. 1 paket lagi setengah jam sebelum makan tengahari. Amalkan memakan sayuran dan ikan sebagai makan tengahari (jika lapar). Anda akan terasa kekenyangan selepas memakan Bioseed. Elakkan dari memakan karbohidrat dan lemak. Lakukan senaman pada waktu petang sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 1 paket terakhir diambil setengah jam sebelum makan malam. Amalkan diet seperti makan tengah hari tadi. Minum air secukupnya (sekurang-kurang 8 gelas sehari). Elakkan dari sebarang minuman manis, berperisa atau bertin. Lebihkan serat dan elakkan dari makanan berlemak (telur, minyak, santan, daging terutamanya kambing, kuih muih/kek/cokelat dan aiskrim).
DISYORKAN :
- Beautreme 1 paket diambil 5 minit sebelum makan tengahari dan malam. Gunakan sekurang-kurangnya 2 paket sehari. Seandainya pada peringkat awal mengamalkan produk ini dan anda masih berasa lapar, anda boleh juga mengambil 1-2 paket Beautreme diantara waktu malam. Sila rujuk buku manual Beautreme bagi kaedah pelangsingan badan yang lengkap
- Bioseed 1 paket sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) - C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini) - Linesse disapukan pada bahagian tubuh yang berlemak untuk mendapatkan bentuk badan yang dikehendaki