Dengar al-Quran Online

Listen to Quran

Friday, February 25, 2011

Sembelit

Sembelit merupakan keluhan ramai pesakit terutamanya dari golongan wanita dan berumur. Ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi atau masalah seperti buasir, divertikulitis, meningkatkan risiko kanser usus, kembung perut dll. Ia boleh disebabkan oleh kekurangan air, kurang serat, tindakbalas ubat/bahan kimia (ubat diet Panbesy/Duromine, codeine, atropine) , sikap membuang air yang tidak betul, mengandung, kanser usus, hypothyroidism, hypercalcemia, selepas pembedahan bius dll.

Gamat boleh melawaskan di samping membantu merawat luka dalaman seperti buasir. Bioseed pula mengandungi Plantago Ovata, sejenis biji benih yang mengembang 20 kali jika terkena air. Ianya dapat mencuci usus dengan berkesan di samping melawaskan najis. Anda dinasihatkan agar meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan lebihkan serat seperti sayuran di dalam pemakanan anda. Titikberatkan waktu yang tetap untuk membuang air besar, seperti setiap pagi selepas sarapan pagi contohnya. Jangan lupa untuk melakukan senaman yang menggerakkan otot perut seperti 'sit up'. Kafein juga boleh memberi kesan yang melawaskan jika di ambil di pagi hari.

DISYORKAN :

  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power secawan di waktu pagi

No comments:

Post a Comment