Sebagai sebuah syarikat yang profesional, syarikat Gamat Emas Sdn Bhd cuba menengahkan motto "keunggulan tanpa keraguan". Oleh itu kami memastikan keberkesanan produk dengan menggunakan bahan mentah (estrak gamat) dari sumber tulin spesis Sticophus hermanii yang disahkan oleh Prof Ridzwan agar hasil produknya lebih menyerlah. Usahasama bersama Universiti tempatan dan rundingnasihat oleh konsultan GESB iaitu Prof Madya Dr Ridzwan Hashim bersama lebih dari 20 orang penyelidik yang khusus dalam bidang gamat ini menentukan produk ini sentiasa disokong oleh R & D secara berterusan. Penghasilan produk akan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Sementara piawaian kualiti dan rumusan formulasi dari SIRIM BHD pula menjaminkan suatu keyakinan terhadap produk yang dihasilkan bagi menfaat pengguna sekelian. Bagi menghasilkan produk yang bermutu, steril dan bersih, kami memastikan agar pengilangan produk di jalankan di kilang yang bertaraf GMP. Dan akhir sekali khusus bagi umat Islam, GESB mempunyai sijil halal yang di dapati dari Jabatan Agama Islam. |
No comments:
Post a Comment