Dengar al-Quran Online

Listen to Quran

Penyakit & Penawar



  • Alahan kulit
  • Anaemia / Kekurangan Darah
  • Angin akhmar/stroke
  • Asthma / lelah
  • Beguk
  • Batuk Berpanjangan
  • Bengkak / Bisul
  • Bengkak kelenjar prostat
  • Bedah dan Luka
  • Batu karang ginjal
  • Batu karang hempedu
  • Berkhatan
  • Bersalin
  • Bronchiolitis/Lelah
  • Buasir
  • Campak
  • Darah gemuruh
  • Darah tinggi
  • Darah Rendah
  • Degil / Hyperaktif
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Gastrik
  • G6PD
  • Gout
  • Gusi
  • Haid
  • Hati
  • Jantung
  • Jantung berlubang
  • Jerawat/Jeragat
  • Kayap
  • Kurap / Panau
  • Keguguran Rambut / Botak
  • Kelemumur
  • Kulit Kering / Bersisik
  • Kegemukan
  • Kejang Otot
  • Kencing Kotor
  • Kencing manis
  • Keputihan
  • Kanser
  • Keletihan
  • Kesuburan
  • Kembung
  • Lembab
  • Migraine / Sakit Kepala
  • Mati pucuk
  • Mulut
  • Parkinson
  • Pening / Vertigo
  • Pinggang (sakit)
  • Parut
  • Psoriasis
  • Rabun Mata
  • Radang pundi kencing
  • Resdung
  • Ruam
  • Selera
  • Selulit
  • Selsema
  • Sembelit
  • Sendi / Tulang / Urat
  • Sengugut
  • Tekak / Tonsilitis
  • Telinga Bernanah
  • Telinga berbunyi (Tinnitus)
  • Thallasemia
  • Thrombophlebitis
  • Tiroid
  • Tumit
  • Vitiligo


Alahan Kulit

Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit(ruam)/eczema, hidung(resdung)/allergic rhinitis, mata(gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak(gatal tekak)/allergic pharyngitis. Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan(protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia spt bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dll. Faktor di atas perlulah dielakkan.
Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti antihistamina yang boleh mengurangkan gatal. Di samping itu ia boleh mengurangkan radang dan masalah hypersensitiviti. Pada kulit, di samping kaya dengan kollagen, gamat membantu melegakan ruam dan mencepatkan penumbuhan tisu kulit yang baru.
Bioseed mengelakkan masalah peracunan diri dan pengeluaran toksin melalui kulit sementara C3 spirulina menyempurnakan zat-zat yg diperlukan oleh sel kulit.

DiSYORKAN
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Krim Gamat eMas disapu pada ruam kulit
  • Buih mandian eMas untuk cucian badan/mandian


Anaemia

Anaemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.
Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia.

DISYORKAN
  • C3 Spirulina 1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
    (1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) 


Stroke / Angin Ahmar

Stroke / Angin Ahmar - Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis (pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus(darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi.
Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Urutan juga dapat membantu.
Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisme badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan ‘nerve growth factor’ iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah (kesan antithrombotik) untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. Manakala HGH pula turut merangsang pemulihan tisu di samping meningkatkan aliran darah dan metabolisme yg diperlukan bagi penyembuhan. C3 spirulina yg mengandungi kandungan nutrien yg menyeluruh melengkapkan keperluan nutrisi bagi pesakit stroke yg kebiasaan tidak dapat makan dengan sempurna. Zat ini penting menjadi bahanbina untuk memulihkan kerosakan tisu saraf dan otak.

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-B Plus 1 paket 2 kali sehari
    (Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)
  • Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Minyak linimen eMas -boleh digunakan pada bahagian yang sengal
  • Krim urut eMas - digunakan untuk melakukan urutan pada bahagian yang lumpuh
  • Krim Gamat eMas - boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan seperti di punggung dan belakang badan.
  • Losyen eMas -boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah
Asthma / Lelah

Asthma / Lelah merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan/paru-paru mengecut) dan proses inflammasi menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas, nafas berbunyi, batuk terutama waktu malam dan awal pagi yang bertubi-tubi dan kahak yang sukar dikeluarkan.
Faktor rangsangan perlulah dielakkan seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, jangkitan demam selsema, ubat-ubatan spt aspirin dan juga allergens spt habuk, bauan yang tengit, asap, ais/makanan sejuk, buahan spt tembikai dll.
Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbalas hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Kajian turut menunjukkan gamat dapat meredakan lelah pada kanak-kanak ataupun bronchiolitis. Gatal tekak juga dapat diatasi. Menurut kajian, kafein juga membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / G-Cafe Ubijga Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari
  • Krim urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher
 Beguk

Beguk atau mumps adalah penyakit yang melibatkan jangkitan virus pada kelenjar air liur. Ianya jarang berlaku kerana generasi kini telah di suntik pelalian MMR ketika bayi lagi. Selalunya beguk akan di dahului dengan keletihan badan dan sakit sendi yang seterusnya bengkak di bahagian kelenjar air liur (parotid) di bawah telinga dan bucu rahang. Untuk lelaki dewasa kadangkala boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada testis (orchitis) dan ini menyebabkan kesakitan dan boleh menyebabkan kemandulan.
Seperti penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh virus yang lain, jika tahap immuniti badan di tingkatkan dengan mengamalkan pemakanan kesihatan, insyaAllah penyakit tersebut boleh di elakkan. Bagi mereka yang sedang menghidapi beguk pula, gamat ada kesan penahan sakit dan melegakan radang yang boleh mengurangkan kesakitan pesakit beguk.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • Gel Gamat eMas di sapukan untuk menyejukkan beguk dan menyurutkan bengkak apabila perlu

Batuk Berpanjangan

Batuk yang sukar untuk hilang, jika tiada demam, boleh dikategorikan dalam kes batuk hipersensitif (lihat asthma). Batuk ini kerap berlaku waktu malam dan awal subuh disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak. Kerongkong akan kerap merasa gatal dan perit. Jika disertai demam, elokklah menjalani pemeriksaan doktor dan X-ray. Dinasihatkan juga untuk minum air suam yang banyak. Ais, makanan sejuk dan buahan dielakkan sementara. Perbuatan merokok juga mesti dihentikan. Kesan alahan disebabkan pekerjaan contohnya cikgu yang sentiasa terhidu habuk kapur tulis, pekerja konkrit yang terdedah kepada habuk simen juga mesti diberi perhatian.
Gamat membantu melegakan rasa gatal dan radang pada tekak dan saluran pernafasan. Ia juga boleh membantu keadaan alahan dan lelah. C3 Spirulina juga memiliki kesan seolah anti histamina yang membantu menghindari masalah gatal-gatal tekak dan melegakan batuk.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2-3 Sudu Besar 1x sehari
    (Boleh digantikan dengan jus minuman petang anda kerana ianya berperisa blackcurrant)

Bengkak Tisu / Bisul

Bengkak tisu boleh disebabkan oleh kesan gigitan serangga, kesan trauma seperti terseliuh dll. Sementara bisul pula disebabkan oleh jangkitan kuman. Gamat mempunyai kesan anti inflammasi yang boleh mengurangkan radang bengkak tersebut. Sementara kesan anti histamina turut melegakan kesan gigitan serangga. Kesan anti nosiseptif boleh meredakan sakit. Gamat juga diketahui memiliki sedikit kesan antibiotik yang boleh membantu menyembuhkan bisul.
Kandungan C3 Spirulina memantapkan lagi keupayaan tubuh untuk melawan kesan inflammasi yang menyebabkan bengkak dan membaik pulih tisu yang bermasalah.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Gel Gamat eMas disapukan ke kawasan yang bengkak
  • Krim Gamat eMas juga boleh disapukan, terutamanya jika kulit kering
  • Linimen Oil digunakan ke bahagian yang terseliuh / sakit sendi dan urat
  • Krim Urut eMas juga boleh diurutkan ke otot yang bengkak / sakit 

Bengkak Kelenjar Prostat

Pembengkakan kelenjar prostat melibatkan 75% dari lelaki yang berumur. Tandanya ialah kencing malam, kederasan aliran air kencing yang menurun, susah untuk memulakan pembuangan air kecil dan menitis selepas kencing. Rawatan moden terdiri dari ubatan tetapi secara definitif ia di sembuhkan dengan pembedahan TURP (transurethral prostatectomy) yang mengikis buang bengkak prostat itu. Perlu diberi perhatian supaya menjalani pemeriksaan lengkap oleh doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti jenis bengkak supaya dapat mengesan masalah kanser prostat yang juga mengancam kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.
Gamat mempunyai kesan anti radang dan menyurutkan bengkak mampu membantu pada peringkat awal bengkak kelenjar prostat. Bioseed - Bagi pencegahan dari masalah kanser prostat pula proses pencucian usus menghindari pengumpulan toksin yang boleh mengakibatkan barah sementara C3 Spirulina pula mencegah kanser yang disebabkan oleh kemusnahan DNA di dalam sel badan manusia.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

  • Bioseed 1 paket 2x sehari sebelum makan
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  

Luka Pembedahan


Individu menjalani pembedahan di atas beberapa sebab seperti appendicitis, berkhatan, kecederaan selepas kemalangan jalan raya dll. Gamat berkesan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ia turut menolong menghentikan pendarahan. Di samping itu ia dapat mengurangkan sakit dan radang pada kesan pembedahan dan luka. Gamat juga dapat melawaskan pergerakan najis terutamanya kepada yang menjalani pembedahan perut / abdomen yang sering akan sukar ke tandas. Gamat tinggi dengan kandungan kollagen dan dapat melembutkan parut supaya parut pembedahan dan luka tidak begitu ketara.
HGH juga menyumbang kepada penyembuhan luka yang lebih cepat dengan meningkat keberkesanan pemulihan sel dan pembentukan sel baru. Sementara C3 Spirulina pula mengandungi nutriens yang diperlukan badan untuk menjadi seperti batu bata bagi membina sel yang sihat.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bio-H 1 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • Krim Gamat eMas disapu pada ruam kulit
  • Buih mandian eMas untuk cucian badan/mandian
  • Gel Gamat eMas disapu ke kesan luka yang masih basah
  • Linimen Oil boleh disemburkan ke luka untuk mengeringkan luka dan menyurutkan bengkak dengan segera
    (AWAS - ia mendatangkan kesakitan selama 10 minit)


Batu Karang Buah Pinggang

Batu karang di buah pinggang kerap berlaku ke atas pesakit gout, kekurangan vitamin A, mereka yang sering mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing, masalah metabolik spt cystinuria(faktor kekeluargaan), obtruksi pada saluran kencing dll.
Tandanya ialah sakit (yang teramat) pada bahagian tepi pinggang (samada kiri atau kanan) yang akan terasa di perut pada bahagian yang sama dan turun ke arah kawasan ari-ari. Ini disertai dengan perasaan kerap ingin membuang air kecil, air kencing berdarah dan rasa hendak buang air besar tapi tidak mengeluarkan najis.
Keadaan ini perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Dinasihatkan juga untuk mengamalkan meminum air yang cukup iaitu 8 gelas sehari. Gamat boleh mengurangkan sakit, meredakan inflammasi dan melawaskan air kencing. Bioseed membantu mengeluarkan batu karang yang selama ini tidak memberikan sebarang simptom. Ubi jaga juga didapati mempunyai kesan untuk mengeluarkan batu karang dari buah pinggang.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / G-Cafe Ubijga Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari


Batu Karang dalam Pundi Hempedu

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembong, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.
Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas.
Gamat dapat membantu mengurangkan sakit dan radang. Ia juga membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan. Terdapat juga dalam kes yang tertentu, didapati kombinasi Bioseed dan Pati Gamat mampu memecah / menghilangkan batu karang hempedu.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / G-Cafe Ubijga Extra Power / Pegaga 2-3 cawan sehari (mampu mengelakkan pembentukan batu karang sebanyak 45%)
  • Gel eMas disapu pada luka pembedahan




Pakej Bersalin

Selepas bersalin, mengamalkan gamat banyak faedahnya. Gamat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan radang, menghentikan pendarahan, mengecutkan rahim dan memberi tenaga dan zat pemakanan kepada ibu yang melahirkan.
Plantago ovata membantu memberikan serat yang diperlukan untuk mengelakkan sembelit yang begitu nyata terjadi selepas bersalin. C3 Spirulina juga membantu memberi nutriens yang sangat-sangat di perlukan untuk memulihkan kelemahan badan. Ianya merupakan pemakanan yang lengkap untuk memberi tenaga di samping membantu menghasilkan air susu yang berzat. Klorofil juga amat sesuai untuk membantu menghasilkan sel darah merah supaya mengatasi masalah kekurangan darah para ibu.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

  • Bioseed 1 paket 2x sehari sebelum makan
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H - untuk mengejapkan otot yang telah kendur dan mengembalikan keremajaan.
  • Gel Gamat eMas disapu pada tempat yang luka ( tidak akan meninggalkan kesan parut hitam)
  • Losyen Gamat eMas dipakai pada kulit badan yang kering
  • Krim Gamat eMas disapu pada perut untuk menghilangkan kesan kedut selepas bersalin
  • Krim urut eMas boleh digunakan untuk mengurut
  • Gel Mandian eMas digunakan untuk mencuci bahagian luka dan seluruh badan


Bronchiolitis / Lelah kanak-kanak

Lelah kanak-kanak sering datang dalam bentuk batuk yang berpanjangan, terutamanya waktu malam, batuk yang bertubi-tubi dan selalunya selepas batuk akan memuntahkan lendir, batuk yang berkahak, wheezing (bunyi ketika bernafas) dan bersekali dengan selsema.
Kanak-kanak ini sebenarnya menghidapi masalah hipersensitiviti pada paru-parunya dan selalunya simptom ini akan berkurangan dan hilang apabila akil baligh. Jika berterusan maka kanak-kanak ini akan menghidapi asthma sehingga dewasa.
Bayi yang mempunyai keturunan yang menghidapi asthma, bayi yang kurang bulan, bayi yang berat badannya kurang dari 2.8kg ketika dilahirkan dan bayi yang pernah menghidapi penyakit bronchopneumonia (radang paru-paru) mempunyai kadar yang tinggi untuk menghidapi bronchiolitis. Mereka mudah dijangkiti batuk selsema. Ubat batuk biasa tidak berkesan melainkan ubat yang mengandungi unsur bronchodilatasi (ubat untuk lelah) dapat meredakan batuk tersebut. Batuk ini akan lebih hebat dan mungkin menyebabkan sesak nafas jika mereka terdedah kepada jangkitan kuman (upper respiratory tract infection), terlalu lasak pada siangnya, allergen seperti ais, minuman sejuk dan buahan spt tembikai, rambutan dll.
Kanak-kanak ini dinasihatkan untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan dari doktor sepenuhnya terutama jika sesak nafas (tandanya ialah kadar pernafasan yang laju dan bahagian pangkal tulang dada yang tenggelam ketika menarik nafas).
Gamat berupaya membantu dengan mengurangkan tindakbalas alahan dan radang pada saluran pernafasan. Ia melegakan dan setengah kes dapat menyembuhkan dari menghidapi lelah. 

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu kecil / besar (bergantung pada saiz/umur) 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari (mencegah bronchiolitis)
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Krim urut eMas disapu perlahan di bahagian dada ke leher
 

Buasir

Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerapsembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran(mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras(pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salur darah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit(minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan.
Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir. Gamat boleh membantu melancar pengaliran darah di jaringan hemorrhoid tersebut. Ia turut membantu menghindari radang dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kesan antinosiseptif oleh gamat boleh mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa pada buasir luaran. Kesan lawas juga boleh mengelakkan sembelit.
Spirulina pula didapati mampu melawaskan dan melegakan sembelit di samping membekalkan nutriens yang perlu untuk membantu mengatasi buasir.
G-café mengandungi kafein yang boleh merangsang pergerakan peristaltik usus dan ini membantu melawaskan sembelit. Ubi jaga juga turut merangsang pengaliran darah yang boleh mengelakkan dari darah terkumpul di bahagian buasir dan mengecutkannya.


DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

  • Bioseed 1 paket 2x sehari sebelum makan
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / G-Cafe Ubijga Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari
  • Gel Gamat eMas disapukan pada buasir luaran
 


Campak & Cacar
  
Demam campak dan cacarair (chicken pox) sering mengakibatkan masalah gatal pada kulit. Sementara parut yang ditinggalkan oleh cacar air kadangkala mengaibkan.
Gamat membantu menghilangkan rasa gatal dan radang pada kulit. Ia juga membantu melembutkan dan mengurangkan kesan ketara pada parut cacar air. Sementara C3 Spirulina membantu membekalkan nutriens yang perlu untuk penyembuhan di samping meningkatkan keupayaan badan untuk mengatasi penyakit tersebut.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Losyen Gamat eMas dilumurkan ke bahagian yang merah
  • Krim Gamat disapu pada kesan cacar air yang telah kering
  • Gel Gamat eMas disapu pada cacar air yg masih basah (belum kering)
  • Buih mandian eMas boleh digunakan untuk mandian


 Gemuruh / Berdebar

Gamat di dapati mempunyai daya penenang (anxiolytic) dan di dalam kes tertentu boleh mengurang debaran jantung. Buat mereka yang berusia, HGH juga mempunyai pengaruh mengurangkan stress dan tekanan di samping menstabilkan emosi. Ia juga memberi kesan tidur yang sempurna dan merehatkan otak. Pegaga pula berupaya meningkatkan paras GABA iaitu sejenis neurotransmitter di otak yg bertanggungjawab memberi kesan menenang.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1-2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • G-Cafe Pegaga 2-3 cawan di waktu siang


Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau hipertensi mempunyai banyak sebab. Antara yang utama disebabkan oleh salurdarah yang tersumbat. Ia boleh menjurus kepada masalah buah pinggang, jantung, stroke (angin akhmar), rabun penglihatan dll. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Ubat darah tinggi janganlah ditinggalkan kecuali dengan nasihat doktor. Anda turut digalakkan untuk mengelakkan makanan yang masin dan berlemak. Lakukan senaman secukupnya dan berhenti merokok di samping mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Elakkan keadaan stress.
Gamat memiliki kesan vasodilatasi atau mengembangkan salurdarah. Ini memberi kesan positif kepada pesakit hipertensi yang serasi. Ia nya turut melancarkan aliran darah di samping mengurangkan masalah penyumbatan salurdarah dan pembentukan darah beku yang juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disebabkan penyakit darah tinggi ini merupakan satu proses yang mengambil masa bertahun lamanya sebelum ianya dapat dikesan, penurunan tekanan darah juga kadangkala memerlukan pengamalan produk untuk beberapa minggu jangka masanya.
C3 Spirulina mempunyai kesan mengawal kolesterol dan kesan antioksidan yang kuat untuk menghindari masalah kardiovascular seperti hipertensi. Bio-H turut membantu dengan menstabilkan tekanan darah.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 1-2 sudu besar 1x sehari
    (1-2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1 makan malam sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)


Tekanan Darah Rendah
 
Masalah tekanan darah rendah atau hipotensi sering terjadi kepada wanita di bawah umur 30an. Bacaan tekanan darah rendah adalah bergantung kepada umur yang mana usia muda boleh menerima tekanan darah rendah tanpa sebarang simptom. Gamat tidak begitu digalakkan untuk merawat masalah ini kerana ia juga boleh menurunkan tekanan darah. Didapati mereka yang mempunyai tekanan darah rendah apabila mengamalkan gamat selalunya akan berasa pening yang jika tiada masalah kesihatan yang lain, telah direkodkan ada kes yang tekanan darah menjadi normal semula setelah mengamalkan gamat buat beberapa jangkamasa.
Walaubagaimanapun jika ingin dicuba, bolehlah gunakan Bioseed terlebih dahulu, di mana penjagaan sistem penghadaman yang sihat boleh menjurus kepada kesihatan badan yang lebih seimbang. Anda juga digalakkan untuk memakan makanan segar (buahan dan sayuran) dan mengamalkan senaman secukupnya.

DISYORKAN :
  • Bioseed 1 paket sehari (berhenti jika terasa pening-pening dan pitam)
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (2-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
 

Kanak-kanak Degil & Hyperaktif

Kanak-kanak yang degil dan hyperaktif kadangkala mungkin bukan sahaja di sebabkan oleh sifat semulajadi atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat yang amat di perlukan oleh saraf otak mereka yang dikenali sebagai Asid Dokosaheksanoik. Keadaan seperti 'Attention Deficit Hyperactive Disorder' yang mana kanak-kanak tersebut bukan sahaja degil dan hyperaktif malah agak kurang daya tumpuan dan impulsif juga dikaitkan dengan kandungan asid dokosaheksanoik yang rendah di dalam darah mereka. Mereka ini turut mempamerkan tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur dengan mereka.
Bio-B Plus mempunyai kandungan utamanya iaitu asid dokosaheksanoik yang mampu membantu kanak-kanak yang degil dan hyperaktif. Ia turut membantu merembeskan neurotransmiter serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada individu tersebut.

DISYORKAN
  • Bio-B Plus 1 paket di makan waktu sarapan
    (Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)
  • Boleh di ambil bersama C3 Spirulina untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak tersebut terutama yang tidak suka makan sayur-sayuran
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
 


Endometriosis


Keadaan ini wujud di mana lapisan dalam rahim (endometrium) wujud di luar rahim seperti di ovari, perut dll. Lebih kurang 5% dari kaum wanita menghidapi masalah ini. Kesakitan akan terjadi apabila tiba ketika haid di mana lapisan tersebut turut akan berdarah yang mana contohnya jika berlaku di dalam perut akan menyebabkan adhesi dan pembentukan tisu parut. Ini akan mewujudkan kesakitan dan seringkali kemandulan. Bezanya dengan senggugut biasa ialah kesakitannya berlaku terus menerus sepanjang haid sementara senggugut hanya 2-3 hari sahaja. Pemeriksaan perubatan adalah di syorkan dan jika perlu doktor akan menggunakan teknik laparoscopy sambil merawat dengan menggunakan laser dan kadangkala digabungkan dengan rawatan hormon.
Di sebabkan punca utama endometriosis ialah haid retrograde (aliran semula darah haid ke dalam dan bukan ke luar) maka penggunaan gamat mampu membantu mengelakkan masalah endometriosis kerana ia menghasilkan pengecutan rahim yang sempurna ketika haid menyebabkan darah mengalir ke arah luar. Gamat juga mempunyai kesan anti inflammasi dan penahan sakit yang membantu mereka yang mempunyai masalah endometriosis. C3 Spirulina juga boleh memainkan peranan di sini disebabkan kandungan GLA yang tinggi turut membantu mereka yang mempunyai senggugut yang serius. 

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 1-2 sudu besar 1x sehari
    (1-2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Krim Urut eMas di urut di bahagian luar untuk mengurangkan krem otot

 
Fibroid

Fibroid atau Leiomyoma adalah ketumbuhan otot licin rahim. Sering menyebabkan masalah darah haid yang banyak, kesakitan, kemandulan dan kesan menekan terhadap struktur di sekeliling rahim menyebabkan sembelit, buasir, vena varikosa dll. Ini juga merupakan masalah yang kerap dihidapi oleh wanita (5%) terutama ketika usia melebihi 40 tahun. Rawatan selalunya bergantung kepada masalah yang timbul akibatnya dan jika perlu rahim terpaksa di bedah buang. Di nasihatkan mendapat pemeriksaan doktor yang sempurna terlebih dahulu untuk mengasingkan dari simptom barah rahim. Di sini gamat membantu mengurangkan inflammasi dan di setengah kes menyurutkan jika fibroid pada peringkat awal dan masih belum besar. Digalakkan penggunaan produk kesihatan bagi mengelakkan keadaan sedemikian dari merawatnya.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 1-2 sudu besar 1x sehari
    (1-2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
 

 Gastrik

Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas, masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein spt kopi, nescafe dan coke/minuman bergas. Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut.
Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam atau (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.
Gamat boleh membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster. Bioseed juga berfungsi sedemikian dan turut menjaga kesihatan sistem penghadaman secara am. C3 Spirulina memberi nutriens membaikpulih keadaan di samping klorofil turut menggalakkan keadaan yang sesuai dari sudut kesihatan dalaman usus yang membantu mencegah gastritis/ulser.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan
    (Makan ½ jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)



 Glucose 6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency (G6PD)

Glucose 6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency (G6PD) merupakan keadaan di mana kanak-kanak tidak mempunyai enzim tersebut di atas secara mencukupi menyebabkan apabila terdedah kepada bahan tertentu yang di makan seperti ubat (aspirin, baktrim), kacang sepat, ubat gegat dll, sel darah merah mereka akan pecah dan menyebabkan krisis kekurangan yang serta merta (hemolytic anemia).
Selalunya G6PD akan di kesan melalui ujian darah selepas kelahiran yang mana selalunya doktor akan memberitahu kepada ibubapa mengenai pantang larang penyakit ini. Produk keluaran gamat eMas yang dimakan adalah selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah G6PD ini. Malah kandungan vitamin E yang tinggi di dalam gamat dapat membantu mereka yang mempunyai kes G6PD yang kronik.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu kecil 2 kali sehari (dos kanak kanak)
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Walau bagaimanapun ibubapa perlulah memberi perhatian kepada bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh doktor untuk dielakkan dari dimakan dan didekati oleh kanak-kanak tersebut

 
Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus(bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka.
Anda di nasihatkan menjaga pemakanan. Elakkan makanan laut, organ dalaman, daging merah, sayuran spt kekacang dan kobis, ikan spt ikan sardin dan bilis dan juga tapai. Minum air sekurangnya 8 gelas sehari utk mengelakkan masalah batu karang.
Gamat mempunyai kesan penahan sakit dan lawan radang yang berupaya untuk melegakan keadaan gout. Ia meningkatkan pengaliran darah di buah pinggang dan membantu mengeluarkan asid urik dan melawaskan. Harus diingatkan kadangkala berlaku kesan tindakbalas yang menyebabkan sakit sendi tapi selalunya hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja. Teruskan dan janganlah berhenti.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali seharii
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari (gunakan sekurang-kurang 1 bulan)
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Minyak Linimen disembur pada sendi yang bengkak tadi


Bengkak gusi dan sakit gigi

Bengkak gusi dan sakit gigi kadangkala amat menyakitkan. Penjagaan kesihatan oral seperti memberus gigi selepas makan, menggunakan dental floss untuk membersih celah gigi dan mengamalkan kumuran antiseptik amatlah digalakkan. Jika keadaan gusi yang terlalu bengkak, disyorkan kombinasi dengan penggunaan antibiotik seperti Metronidazole (Flagyl) yang boleh didapati dari klinik perubatan. Pemeriksaan oleh doktor gigi setiap 6 bulan boleh mengelakkan masalah gusi atau gigi yang lebih serius.
Gamat boleh meredakan sakit, bengkak dan radang. Koenzim Q10 di dalam C3 Spirulina pula telah di bukti melalui kajian saintifik mampu menyehatkan gusi dan meredakan gusi bengkak dan bernanah di samping mengelakkan masalah bau mulut.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari (sewaktu makan)
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Gel eMas disapu ke tempat yang sakit
    (ia sesuai untuk budak kecil kerana tiada rasa pedas yang menggangu mereka) Untuk masalah ulser mulut, turut disarankan penggunaan gel tersebut
  • Ubat Gigi Orogard gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari (seeloknya sebelum tidur)
  • Bagi gusi yang bermasalah, gel gamat boleh di calitkan ke berus gigi untuk digabungkan dengan ubat gigi Orogard bagi kegunaan untuk memberus gigi


Masalah Kitaran Haid

Kitaran haid yang tidak tetap terlalu banyak puncanya, antaranya infeksi, ketidak seimbangan hormon, ketumbuhan spt fibroid dan polyps, emosi/stress dll. Pemeriksaan oleh doktor sakit puan adalah diperlukan. Gamat dikatakan boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak lengkap. GLA (Gamma Linoleic Acid) pula membantu mengimbangi hormon.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari (sewaktu makan)
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 2 paket sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) - khusus untuk wanita berumur yang menghampiri gejala menopaus)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
 

 Hati / Hepatitis / Liver Cirrhosis


Hati merupakan organ kumuh yang penting. Sakit hati mungkin disebabkan oleh jangkitan (hepatitis), alkohol, kanser dll. Masalah sakit hati kronik spt liver cirrhosis, adalah sukar kerana simptom yang wujud selalunya pada peringkat kerosakan secara keseluruhan pada hati dan adalah agak terlewat untuk rawatan sempurna. Oleh itu pentingnya fungsi pencegahan pada peringkat awal. Pemeriksaan yang sempurna oleh doktor adalah diperlukan.
Gamat mempunyai khasiat nutrisi yang membantu kearah kesihatan di samping kesan-kesan yang membantu masalah dalaman seseorang. Ia juga di dapati pada ujian makmal mampu membaik pulih sel-sel hati yang rosak. Kandungan choline dan tocopherol di dalam C3 Spirulina pula membantu menghalang masalah hati seperti 'Fatty liver cirrhosis'. Kehilangan asid amino yang terjadi disebabkan oleh penyakit hati akan di atasi oleh spirulina yang kaya dengan protein tetapi berkolesterol rendah.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari atau 3 sudu 1x.
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)


Sakit Jantung  

Sakit Jantung sering disebabkan oleh salurdarah jantung tersumbatoleh proses artherosclerosis. Ini menyebabkan bekalan oksigen tidak sampai ke otot jantung dan menyebabkan otot tersebut tidak berfungsi lagi. Ini seterusnya akan menyebabkan keadaan lemah jantung. Tanda serangan sakit jantung ialah sakit yang sangat di bahagian kiri dada. Sakit seolah-olah mencengkam ini boleh juga terasa di bahagian ulu hati ke tekak dan juga di lengan kiri. Sakit ini menyerang ketika seseorang itu sedang melakukan sesuatu yang lasak dan akan berkurangan apabila berehat. Sementara sakit lemah jantung pula membuatkan seseorang itu tak bermaya,menghidapi paru-paru berair, perlu tidur dengan menggunakan bantal yang tinggi dan bengkak kaki.
Anda dinasihat mendapat pemeriksaan yang lengkap dan rawatan berulang dengan doktor. Cuba elakkan pergerakan fizikal yang berlebihan, stress, merokok, pemakanan yang kaya dengan garam dan lemak. Sementara penyakit yang seiring spt darah tinggi, kencing manis dan gout perlulah dijaga sebaik mungkin.
Gamat membantu dari segi melebarkan salurdarah (kesan vasodilatasi). Ia juga mempunyai kesan positif terhadap pergerakan otot jantung. Dengan meningkatkan metabolisme ia akan mengurangkan masalah kolesterol yang tinggi dalam darah dan mengelakkan sumbatan salurdarah dari menjadi lebih teruk. Bioseed juga dapat merendahkan kolesterol dengan berkesan.
C3 Spirulina membantu dengan mengawal kolesterol. Kesan anti oksidan yang optima dalam C3 Spirulina juga menyihatkan sistem kardiovaskular yang turut mencegah masalah oksidasi LDL (kolesterol tidak sihat) yang merupakan asas pembentukkan plak yang menyumbat salurdarah. Coenzim Q10 pula memberi tenaga pada otot-otot jantung yang telah lemah di samping membantu mengawal simptom permasalahan jantung seperti sakit jantung, lemah jantung, masalah injap jantung dan 'cardiomyopathy'. Bio-H juga mengawal lemak yang tidak sihat (LDL, VLDL dan triglyceride) di samping memberi kesan positif kepada jantung.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 3 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1-2 paket sebelum tidur (untuk dapatkan kesan optima) dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari @ 3 sudu 1x
    (1-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

 
Jantung Berlubang

Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkok.
Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (spt di atas). Penyakit VSD (ventricular septal defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur.
Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen. Pesakit yang tidak serius atau tidak menunjukkan simtom yang jelas akan di follow up sehinggalah berusia 8 tahun di mana jika keadaan jantung berlubangnya masih kekal, maka ianya akan dirujuk ke IJN untuk kemungkinan menjalankan pembedahan.
Gamat mengandungi faktor menumbuhkan sel yang dapat membantu merawat masalah jantung yang berlubang terutamanya bagi kes VSD dan yang serasi. 

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
    Bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke bawah, berikan Pati Gamat Plus 1 sudu kecil 1x sehari sahaja. Tingkatkan dos jika tiada sebarang faktor alahan (contoh ruam)
  • Bioseed 1/2 - 1 paket 1x sehari juga boleh digabungkan jika umur melebihi setahun.
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)


  Jerawat / Jeragat
  
Jerawat merupakan keluhan utama kaum remaja. Ia lebih disebabkan oleh keaktifan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak sebum yang berlebihan. Ini membuatkan liang atau pori kulit tersumbat dan dijangkiti kuman. Kaum remaja perlulah menjaga kebersihan kulit muka dengan betul dan kadangkala memerlukan rawatan antibiotik untuk kes yang teruk.
Jeragat pula merupakan tompok hitam pada muka disebabkan oleh kesan cahaya matahari.
Gamat berupaya membantu dengan kesan anti-inflammasinya untuk menyurutkan bengkak dan menghilangkan radang kulit pada jerawat. Ia turut membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Kandungan kollagen yang tinggi juga memberikan kesan awet muda dengan menganjalkan kulit. Bagi jeragat pula, gamat membantu memperbaharui kulit muka yang bertompok tadi seperti sediakala. Kandungan vitamin A, E dan antioksidans membantu ke arah kulit muka yang cantik dan sihat. Penggunaan UV block membantu dari masalah jeragat tadi berulang semula.

DISYORKAN :
  • Pencuci muka eMas digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Krim Gamat eMas disapukan ke muka dan parut kering
  • Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian jerawat untuk mencepatkan pemulihan. Digunakan malam sebagai penegang kulit muka.
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket sehari utk membersihkan badan dan membuang toksik untuk kesihatan dalaman
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari membantu membekalkan nutriens yang amat diperlukan oleh kulit yang sedang pulih
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
 

Kayap / Shingles

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.
Gamat dapat melawan radang dan sakit disebabkan oleh kayap tadi. Di samping itu, ia juga boleh mengelakkan kesan parut. Kajian awal turut menunjukkan keberkesanan gamat untuk melawan virus. C3 Spirulina turut meningkat ketahanan tubuh di samping mempunyai kesan antivirusnya yang tersendiri.

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed boleh digunakan 1 paket sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian kayap yang basah
  • Krim Gamat disapukan kebahagian yang sudah mula sembuh (kering)
 
 
Kurap / Panau

Penyakit kurap dan panau ini berpunca dari jangkitan kulat. Gamat mempunyai kesan anti-fungus yang boleh membunuh kulat tersebut. Di samping itu ia membantu mengurangkan gatal dan radang kulit.

DISYORKAN :
  • Krim Gamat disapukan 3 kali sehari.(gel eMas boleh juga digunakan)
  • Buih mandian eMas digunakan buat mandian seluruh badan.
  • Sabun Gamat - untuk menghilangkan gatal-gatal seluruh badan
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - boleh diamalkan untuk pemakanan kesihatan ke arah kulit yang lebih cantik.
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)


Rambut Gugur / Botak

Punca keguguran rambut sering di kaitkan dengan kesihatan kulit kepala. Tetapi ada juga keadaan keguguran rambut yang bersangkutan dengan faktor hormon (alopecia androgenata) dan masalah autoimmun (alopecia areata). Mengelakkan faktor yang mengurangkan pengaliran darah ke kulit kepala seperti merokok dan stress / memikir terlalu banyak dapat mencegah keguguran rambut. Berusan dan mengurut kulit kepala turut dapat membantu. Kelemumur dan penjagaan rambut yang tidak sihat (didedahkan kepada bahan kimia seperti hairdye, terdedah kepada haba yang tinggi seperti penggunaan hairdryer terlalu kerap, memerapkankan rambut yang basah seperti memakai tudung ketika rambut belum kering dan pangkal rambut yang kotor dari kesan peluh dan mendakan debu kotoran yang kemudiannya tidak dibasuh sempurna) juga dapat menyebabkan keguguran rambut. Bagi mereka (selalunya lelaki) yang mempunyai faktor genetik dan pengaruh hormon androgen adalah sukar untuk mengelakkan keguguran rambut.
Gamat mempunyai kesan meningkatkan pengaliran darah. Ia juga dapat membantu meredakan masalah ekzema pada kulit kepala. Kesan penumbuhan sel turut memainkan peranan untuk penjagaan rambut. Kajian klinikal menunjukkan dengan meningkat HGH pada tahap yang optima selama 6 bulan mampu menumbuhkan semula rambut pada 38% tahap kejayaan. Spirulina membekalkan nutriens seperti Zn khusus untuk keperluan sel rambut yang sedang dalam proses tumbuh semula. 

DISYORKAN :
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
    (Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bio-H mengikut keperluan umur - makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • Rambut di cuci setiap hari menggunakan Syampu Gamat eMas
  • Losyen Gamat dan Krim Gamat eMas boleh diurutkan ke bahagian yang botak pada sebelah malam. Esoknya perlulah dicuci bersih
  

Kelemumur

Kelemumur di kepala boleh disebabkan oleh jangkitan fungus atau tindakbalas seborrheic dermatitis bagi sesetengah individu. Cucian rambut yang sempurna setiap hari dapat membantu. Gamat mempunyai kesan antifungal dan dapat meredakan masalah hipersensitiviti disebabkan oleh dermatitis.

DISYORKAN
  • C3 Spirulina memberi zat kepada sel rambut. Gunakan 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong-bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Cucian rambut setiap hari menggunakan Syampu Gamat eMas atau Buih Mandian eMas
  • Losyen Gamat boleh dilumur pada kulit kepala dan dibiarkan semalaman. Dicuci keesokkan harinya
 

 Masalah Kulit Kering / Kulit Bersisik

Masalah kulit di atas boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan zat, kulit yang sensitif seperti seborrheic dermatitis, masalah dalaman seperti psoriasis, masalah sementara seperti sunburn dll. Kulit yang kering juga mudah dijangkiti kulat (kurap). Gamat memang berkesan bagi penjagaan kulit yang sihat dan cantik. Kandungan zat nutriens seperti vitamin E semulajadi, kollagen digabungkan dengan formulasi saintifik yang melembabkan kulit dapat meredakan masalah kulit kering. Kesan antihistamina mengurangkan kesan gatal dan alahan. Ekstrak gamat mengandungi faktor penumbuh sel yang membantu menumbuhkan sel kulit yang sihat dengan cepat. Manakala C3 Spirulina pula memberi nutriens bagi pemulihan kulit.

DISYORKAN
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)
  • Seelok-eloknya digunakan Bioseed 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya buat 1 bulan permulaan untuk tujuan pembersihan badan dari toksik yang meracuni kulit
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2-3 sudu besar 1x sehari
    (1-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Krim Gamat eMas disapukan 3 kali sehari
  • Losyen Gamat eMas di lumurkan keseluruhan badan
  • Buih Mandian eMas bagi mandian harian