Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%.
Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.
Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.
Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids. Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan.....
- Untuk peningkatan kesihatan badan
- Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
- Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot
- Menghindari masalah alahan dan lelah
- Melawan radang dan meredakan bengkak
- Melancarkan pengaliran darah
- Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin
- Masalah resdung, buasir dalam dan luar
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan
- Menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin
- Melegakan migrain
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi
Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat eMAS Sdn Bhd) berganding bahu dengan UKM dan SIRIM Berhad memformulasikan produk-produk Gamat dibawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama èMas khusus untuk anda!
No comments:
Post a Comment