Dengar al-Quran Online

Listen to Quran

Thursday, January 20, 2011

Gamat dan Kelebihannya

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.

Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.

Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.

Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.

Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).

Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.

Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.

Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.

Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).

Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.

Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan

  • untuk meningakatan kesihatan badan,
  • mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
  • mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
  • menghindari masaalah alahan dan lelah,
  • melawan radang dan meredakan bengkak,
  • melancarkan pengaliran darah,
  • memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
  • masaalah resdung, buasir dalam dan luar,
  • mencantikkan kulit dan awet muda,
  • meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah keletihan,
  • menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan tenaga batin,
  • melegakan migrain
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi.

Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat eMAS sdn bhd) berganding bahu dengan UKM dan SIRIM Berhad memformulasikan produk-produk Gamat dibawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama èMas khusus untuk anda!

MANUAL PENYAKIT & RAWATAN BERASASKAN GAMAT

Pengenalan

Rawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.

Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional. Syarikat Gamat eMas Sdn Bhd. tidak ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memertabatkan produk kebanggaan kita. Gamat eMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM Bhd. merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada produk kami.

Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran. Kami di Gamat eMas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Variegatus agar keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama eMas pasti tidak akan tercabar. Keunggulan tanpa keraguan akan dijadikan tonggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamat eMas Sdn Bhd. Dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekelian.

PERINGATAN PENTING

Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamat eMas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan Rawatan Alternatif berasaskan Gamat.

Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.

*WallahuAlam..

Sumbangan oleh : Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa Alqudri
MD V.U.B (Brussels, Belgium)

No comments:

Post a Comment