Dengar al-Quran Online

Listen to Quran

Sunday, February 20, 2011

Kencing Kotor dan Jangkitan kuman saluran kencing

Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.

Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya.

Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.

Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan. C3 Spirulina merupakan pemakanan beralkali yang mempunyai keupayaan untuk membantu meningkatkan ketahanan tubuh di samping mengalkalikan air kencing bagi mengelakkan percambahan kuman di dalam pundi kencing.

DISYORKAN :

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

No comments:

Post a Comment