Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi spt kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul. Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.
Gamat ditunjukkan memberi kesan positif kepada pesakit kencing manis. Kepada mereka yang serasi, keberkesanan gamat cukup menyerlah. Ia dapat melebarkan salur darah yang tersumbat dan membaik pulih masalah dalaman. Luka mudah sembuh jika dijaga dengan teliti. Perlu diingatkan di sini, ubat doktor janganlah ditinggalkan. Jika anda mencuba produk kami, dapatkan rawatan ulangan dengan doktor anda dengan lebih kerap. Sekiranya paras gula anda menurun, doktor anda akan sendirinya menurunkan dosis ubat kencing manis anda. Dan jangan lupa untuk bersenam.
DISYORKAN :
- Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
- Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) - C3 Spirulina 2 sudu besar 3 kali sehari (dos mengikut tahap serius penyakit)
(2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini) - Gel Gamat eMas disapukan ke luka 3 kali sehari (luka basah)
- Jika perlu sesekali semburkan dgn Minyak Linimen
- Buih mandian boleh dibuat sebagai pencuci luka
No comments:
Post a Comment