Dengar al-Quran Online

Listen to Quran

Thursday, March 10, 2011

Tumit Pecah

Tumit pecah sering terjadi kepada mereka yang selalu berdiri di atas permukaan yang keras dan sejuk. Kulit tumit yang kering, retak dan pecah akan beransur pulih jika di sapukan pelembab yang sesuai. Produk gamat eMas diformulasikan dengan pelembab yang effektif, vitamin E dan ekstrak gamat yang dapat memulihkan kecederaan kulit dengan segera.

DISYORKAN :

  • Losyen Gamat eMas disapukan kerap pada bahagian tumit
  • Krim Gamat eMas juga boleh digunakan terutama pada kes yang lebih serius

Sakit tumit atau plantar fasciitis pula merupakan sakit pada pangkal tumit. Ini sebenarnya disebabkan oleh radang pada tendon (urat) yang menyambungkan bahagian tulang tumit dan tulang jari kaki. Pesakit disarankan untuk berjalan dengan menjejak keseluruhan tapak kaki dan mengelakkan dari jalan berjengkit. Pesakit juga perlu merehatkan kaki dan mengelakkan dari berdiri terlalu lama.

DISYORKAN :

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)
  • Krim Urut eMas digosok pada bahagian tumit
  • Minyak Linimen eMas juga boleh di semburkan di bahagian tumit

Sakit Otot

Sakit otot, urat dan sendi kerap berlaku ketika usia meningkat disebabkan oleh proses degenerasi(penuaan). Osteoathritis merupakan bengkak sendi yang bersabit dengan abrasi pada permukaan sendi tulang yang menyebabkan geseran yang menyakitkan. Kekurangan pelincir di antara sendi turut memainkan peranan. Sakit urat juga boleh disebabkan proses inflammasi di mana urat tersebut telah terlebih guna menyebabkan ia dalam keadaan radang.

Gamat berupaya mengurangkan sakit dan melegakan radang. Ia berupaya melawan kesan inflammasi oleh prostaglandin dan leucotrine yang menyebabkannya. Gamat juga mengandungi mucopolysakarida dan kondroitin yang mampu menambah kesan pelinciran pada sendi. Bio-H pula meningkatkan HGH yang mengelakkan proses penuaan dan membantu mengatasi osteoporosis. Sementara kandungan nutriens yang lengkap di dalam C3 Spirulina seperti mineral kalsium dan magnesium boleh menguatkan tulang. Pegaga membantu menyihatkan tisu konektif iaitu tulang rawan pada bahagian sendi yang bermasalah.

DISYORKAN :

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1-2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • G-Cafe Pegaga 3-4 cawan sehari
  • Krim urut eMas diurut pada bahagian otot yang sakit
  • Linimen eMas disembur pada sendi dan otot yang sakit/bengkak

Tuesday, March 8, 2011

Jerawat dan Jeragat

Jerawat merupakan keluhan utama kaum remaja. Ia lebih disebabkan oleh keaktifan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak sebum yang berlebihan. Ini membuatkan liang atau pori kulit tersumbat dan dijangkiti kuman. Kaum remaja perlulah menjaga kebersihan kulit muka dengan betul dan kadangkala memerlukan rawatan antibiotik untuk kes yang teruk.

Jeragat pula merupakan tompok hitam pada muka disebabkan oleh kesan cahaya matahari.

Gamat berupaya membantu dengan kesan anti-inflammasinya untuk menyurutkan bengkak dan menghilangkan radang kulit pada jerawat. Ia turut membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Kandungan kollagen yang tinggi juga memberikan kesan awet muda dengan menganjalkan kulit. Bagi jeragat pula, gamat membantu memperbaharui kulit muka yang bertompok tadi seperti sediakala. Kandungan vitamin A, E dan antioksidans membantu ke arah kulit muka yang cantik dan sihat. Penggunaan UV block membantu dari masalah jeragat tadi berulang semula.

DISYORKAN :

  • Pencuci muka eMas digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Krim Gamat eMas disapukan ke muka dan parut kering
  • Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian jerawat untuk mencepatkan pemulihan. Digunakan malam sebagai penegang kulit muka.
  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket sehari utk membersihkan badan dan membuang toksik untuk kesihatan dalaman
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari membantu membekalkan nutriens yang amat diperlukan oleh kulit yang sedang pulih
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Monday, March 7, 2011

Kelemumur

Kelemumur di kepala boleh disebabkan oleh jangkitan fungus atau tindakbalas seborrheic dermatitis bagi sesetengah individu. Cucian rambut yang sempurna setiap hari dapat membantu. Gamat mempunyai kesan antifungal dan dapat meredakan masalah hipersensitiviti disebabkan oleh dermatitis.

DISYORKAN

  • C3 Spirulina memberi zat kepada sel rambut. Gunakan 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong-bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Cucian rambut setiap hari menggunakan Syampu Gamat eMas atau Gel Mandian eMas
  • Losyen Gamat boleh dilumur pada kulit kepala dan dibiarkan semalaman. Dicuci keesokkan harinya

Saturday, March 5, 2011

Ketumbuhan

Ketumbuhan atau tumor dikatakan sebagai kanser jika ianya memberikesan buruk kepada badan. Kanser terbahagi kepada pelbagai jenis spt kanser kulit (melanoma), darah (leukemia), kelenjar (lymphoma), buah dada, paru-paru, usus, rahim, tulang dll. Tahap seriusnya sesuatu kanser itu bergantung kepada penyebaran (metastasis) ke organ lain di dalam badan. Jika pada peringkat kanser sudah merebak, kebiasaannya rawatan radio atau chemoterapi adalah diperlukan. Kanser adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut, oleh itu pemeriksaan dan rawatan doktor janganlah diabaikan. Lebih awal mendapat rawatan, lebih cerah peluang untuk sembuh.

Gamat mempunyai kesan lawan radang yang boleh menyurutkan bengkak. Kajian awal dari UKM menunjukkan sel-sel kanser (spt kanser payudara dan usus) yang dibawa keluar dari badan dapat dimusnahkan dengan menggunakan ekstrak gamat. Kajian in vitro ini tidak lah dapat disamakan dengan kajian in vivo atau dalam badan. Di samping itu produk gamat eMas dapat membantu dari segi kualiti kehidupan seseorang pesakit kanser. Ia membantu memberi tenaga, mengurangkan sakit dan menambahkan selera. Setelah pembedahan atau rawatan radio/chemoterapi misalnya, gamat sesuai diamalkan.

C3 Spirulina juga berfaedah dari segi memberi khasiat nutrisi kepada badan pesakit kanser yang sememangnya sudah lemah. Kandungan antioksidan yang lengkap dan koenzim Q10 telah di buktikan melalui kajian saintifik membantu pesakit kanser. Malah koenzim Q10 turut didapati membantu mengatasi kesan sampingan pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi.

DISYORKAN :

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2 sudu besar 3 kali sehari
    (2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Gel Gamat eMas boleh disapu kepada sebarang luka atau parut pembedahan

BERSALIN

Rohani mustapha
" Produk GAMAT EMAS mempercepatkan lagi proses pemulihan selepas bersalin"

Penyakit/ Masalah : Bersalin
Produk digunakan : Bioseed, Pati Gamat Plus Vita dan Krim Urut

Air gamat yang dihasilkan secara tradisional walaupun berbau busuk tetap menjadi pilihan ibu-ibu yang baru bersalin kerana 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya termasuk memulihkan rahim dan luka-luka dalaman.

Walaupun telah beberapa kali melahirkan anak, namun bagi Puan Rohani inilah kali pertama beliau menggunakan produk Gamat eMas sebagai rawatan selepas bersalin. "Sebelum ini saya sering mengamalkan jamu dan air akar kayu setiap kali selepas bersalin. Tetapi setelah mengetahui mengenai produk Gamat emas yang lebih mudah digunakan, saya tertarik untuk mencubanya kali ini.

"Ternyata bioseed dan Pati gamat plus Vita serta Krim Urut mempercepatkan lagi proses pemulihan selepas bersalin. Seminggu selepas saya meminum Bioseed dan Pati Gamat Plus Vita, darah kotor keluar dengan banyaknya, secara tidak langsung ia membersihkan rahim.

Tuesday, March 1, 2011

Sakit Pinggang

Sakit pinggang sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Kadangkala ia disebabkan oleh postur badan yang tidak betul dan mengangkat berat sambil berbongkok. Sakit ini akan terasa lengoh di bahagian pinggang dan sakitnya terbawa ke arah pinggul dan kaki.

Kebiasaannya rehat(tidur) dalam keadaan lurus atas katil yang selesa dan mengelakkan dari mengangkat berat dan postur yang betul dapat membaiki keadaan.

Gamat membantu melegakan radang sendi di samping mengurangkan sakit secara semulajadi. Ubi jaga di dalam G-cafe juga membantu melegakan sakit sendi dan otot.

DISYORKAN :

  • Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed 1 paket sekali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power 3-4 cawan sehari
  • Krim urut eMas digunakan untuk urutan belakang
  • Linimen eMas turut boleh digunakan untuk disembur di bahagian yang sakit